Tuesday, July 27, 2010

Temuduga Terbuka di Malaysia Airlines

0 comments
Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-


Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia


Jika anda suka mengembara dan bermimpi untuk menikmatinya, sertai MAS sebagai Pegawai Penerbangan atau Pramugara & Pramugari. Kami menawarkan pakej gaji yang menarik dengan faedah, faedah kesihatan dan lain-lain.

Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Kelayakan:

Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
khidmat pelanggan.
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-

KAWASAN TEMPAT TARIKH KATEGORI

KUALA LUMPUR Malaysia Airlines
Academy No. 2, Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor 31 Julai 2010 (Sabtu) Pramugari
1 Ogos 2010 (Ahad) Pramugara

Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).

Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.

Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing