Wednesday, July 28, 2010

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB)

0 comments
Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan serta pesara-pesara kerajaan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kelayakan

  • Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya
  • Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.

Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon

Tugas & Tanggungjawab

  • Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
  • Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
  • Memberi rawatan kepada pesakit luar
  • Merawat kes-kes kecemasan
  • Mengurus dan memberi ubat
  • Menjalankan pemeriksaan makmal
  • Memberi kaunseling kepada pesakit
  • Bertugas atas panggilan (Stand-by)

Penempatan

Calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan ditempatkan di salah satu stesen di bawah:

  1. Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
  2. Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu
  3. Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands
  4. Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB 188C yang boleh juga didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

  • Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Ogos 2010
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing