Tuesday, August 31, 2010

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM)

0 comments


Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia mempelawa wargenegara Malaysia yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENSYARAH - SAMBILAN

Bidang-bidang yang diperlukan:
Pengurusan/Pentadbiran Awam/Pengurusan Perniagaan/Hubungan Etnik/Kenegaraan/Komunikasi/Kepimpinan/Kewangan/Keusahawanan/Ekonomi/Pemasaran/Perakaunan/Undang-Undang/Statistik/Matematik/Sains Politik/Aplikasi Komputer/Bahasa Melayu/Teknologi Maklumat/Bahasa inggeris/Pengurusan Sumber Manusia/Dasar Awam/Kaedah Penyelidikan

SYARAT LANTIKAN:
i. Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
ii. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iii.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv. Mempunyai pengalaman mengajar di mana-mana IPTA/IPTS dan memiliki sijil Pengajar IPTA atau permit mengajar IPTS yang sah.

CARA MEMOHON:
- Sila kemukakan permohonan dengan menghantar resume beserta salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan.
- Sila catatkan nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
- Permohonan yang lengkap hendaklah di hantar ke alamat:

Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman

- Sebarang pertanyaan sila hubungi PACE, UUM di talian 04-9284906/4914/4928/4930.

PERHATIAN : Sila catatkan "PERMOHONAN PENSYARAH SAMBILAN" di sudut kiri sebelah atas sampul surat.

Tarikh tutup permohonaan bagi Semester Oktober Sesi 2010/2011 adalah sebelum 15 September 2010 dan semester akan datang sebelum atau pada 31 Disember 2010.



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS


MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing