Sunday, August 8, 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan

0 comments

Permohonan-permohonan adalah dipelawa dari rakyat Negeri Kedah Darul Aman / Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan yang tersebut di bawah :-

1. Pembantu Undang-Undang L29

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) (i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : P1T24);
(d) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Kelayakan
(a) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan
tersebut ; atau
(b) SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; atau
(c) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; atau
(d) Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan ; dan
(e) Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan Tetap : TETAP

Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam boring MDY/2010 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan PERCUMA atau memohon secara pos
dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sm dan bersetem serta boleh dimuat turun melalui web www.mdyan.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

b) Salinan Sijil yang berkaitan hendaklah diakui sah dan disertakan bersama borang Permohonan, bagi Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Dan Penguasa
Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama Laporan sulit Khas dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
c) Permohonan berikut akan DITOLAK
i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
ii.Tidak disertakan gambar.
iii.Tidak lengkap dan tidak terang ;dan
iv. Borang tidak ditandatangani ;

Alamat permohonan:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YAN
06900 YAN
KEDAH DARUL AMAN

Catatan Am
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan di beri pertimbangan.

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2010

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing