Tuesday, August 10, 2010

Jawatan Kosong Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

0 comments


Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008, bertujuan untuk memacu serta melaksanakan pelbagai inisiatif strategik di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut:

1. PENGURUS BESAR, KOMUNIKASI KORPORAT (1 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dan/atau Ijazah Sarjana Perhubungan Awam/Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan/Pembangunan Perniagaan/Ekonomi/Pengurusan Projek/Kewangan atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 15 tahun dalam mana-mana bidang dengan pendedahan sekurang-kurangnya selama 12 tahun dalam Komunikasi Korporat.


2. PENGURUS BESAR, SUMBER TENAGA MANUSIA & PENTADBIRAN (1 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia/Sains Sosial/ Sastera dan/atau Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia/Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan/Pembangunan Perniagaan/Ekonomi/Kewangan atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 15 tahun dalam mana-mana bidang dengan pendedahan sekurang-kurangnya selama 12 tahun dalam Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran.


3. PENGURUS KANAN, PEMBUATAN (1 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan/atau Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan/Kejuruteraan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Memiliki akumen perniagaan yang berkaitan dan/atau keupayaan menilai daya maju bidang pembuatan yang berkaitan
- Pengalaman sekurang-kurangnya 12 tahun dalam fungsi tugas yang berkaitan


4. PENGURUS KANAN, PELANCONGAN (1 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan/atau Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan/Kejuruteraan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Memiliki akumen perniagaan dalam bidang pelancongan
- Pengalaman sekurang-kurangnya 12 tahun dalam fungsi tugas yang berkaitan


5. PENGURUS KANAN, PEMBANGUNAN STRATEGIK (1 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan/atau Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan/Perakaunan/Kewangan/Ekonomi atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Pengalaman sekurang-kurangnya 12 tahun dalam merumuskan dan membangunkan strategi perniagaan secara khusus dalam bidang pembuatan, hartanah dan/atau pelancongan
- Pengalaman yang sama dalam bidang lain yang berkaitan merupakan kelebihan tambahan


6. PENGURUS, PEMBANGUNAN PERNIAGAAN (3 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan/atau Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan/Perakaunan/Kewangan/Ekonomi atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam merumuskan dan membangunkan strategi perniagaan secara khusus dalam bidang pembuatan, hartanah dan/atau pelancongan
- Pengalaman yang sama dalam bidang lain yang berkaitan merupakan kelebihan tambahan


7. PENGURUS, PENGURUSAN PELABURAN (4 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan/atau Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan/Perakaunan/Kewangan/Ekonomi atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada Universiti yang diiktiraf
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam pengurusan pelabur sama ada dalam sektor pembuatan, hartanah, pelancongan atau sektor lain yang berkaitan
- Pengetahuan dalam strategi dan perancangan perniagaan, kaji selidik dan kajian penilaian dan kebolehlaksanakan perniagaan. Berpengalaman dalam merumuskan dasar dan proses Pelaburan Langsung Asing dan peluang pelaburan antarbangsa menjadi kelebihan tambahan
- Jaringan rangkaian yang kukuh merupakan kelebihan tambahan


8. PENGURUS, KEWANGAN & PENGURUSAN PERAKAUNAN (1 KEKOSONGAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti yang diiktiraf
- Kelayakan Profesional seperti ICAA, ICAEW, MICPA atau ACCA menjadi kelebihan
- Pengalaman perakaunan yang pelbagai atau fungsi tugas berkaitan yang lain sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pengalaman dalam firma audit merupakan kelebihan tambahan


CARA MEMOHON:

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar permohonan (resume) termasuk jawatan yang dipohon, kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji terakhir dan yang dipohon serta gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) ke:


Bahagian Sumber Tenaga Manusia & Pentadbiran
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
Aras 69 Menara Kembar PETRONAS
50088 Kuala Lumpur

Emel : recruitment@ecerdc.com.my

Tarikh Tutup : 22 Ogos 2010

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing