Wednesday, August 11, 2010

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji

0 comments

Kami adalah tunggak kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang. Seiring dengan visi dan misi TH, pelawaan dibuka kepada Warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut:-

1 PENGURUS KANAN (ANALISA PENGURUSAN KEWANGAN KUMPULAN)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
-Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Kewangan / Perbankan dari universiti-universiti tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
-Kepujian di dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEUTAMAAN:-
(a) Memiliki kelulusan profesional perakaunan seperti ACCA, ICAEW, MICPA, MIA adalah satu kelebihan;
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dan pengetahuan dalam aktiviti kewangan;
(c) Berpengetahuan dalam penggunaan Sistem Oracle seperti Oracle Receivable dan modul lain seperti Bayaran Sistem Oracle, Lejer Am dan Pengurusan Tunai;
(d) Berpengetahuan dalam penggunaan aplikasi-aplikasi ‘Microsoft Office’;
(e) Mempunyai kemahiran dalam komunikasi yang berkesan;
(f) Berpengetahuan dan mahir dalam perancangan strategik bagi membantu ke arah penambahbaikan proses kerja;
(g) Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.


2.SETIAUSAHA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
-Memiliki Diploma Sains Kesetiausahaan daripada universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
-Memiliki Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat
-Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3.JURUTEKNIK (C&S)

(Di TH Johor Bahru)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
-Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
-Mempunyai Sijil Pelajaran Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
-Mempunyai Sijil-Sijil lain dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
-Sijil Kejuruteraan dari Politeknik Ungku Omar atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;DAN
-Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

KEUTAMAAN
(a) Mempunyai Sijil kemahiran Malaysia dari ILP, IKM dan IKBN atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(b) Mempunyai pengalaman di dalam penyelenggaraan (C&S) Bangunan.


CARA PERMOHONAN:
Calon-calon Warganegara Malaysia (Islam) yang berminat boleh menghantar ‘resume’ dengan menyatakan gaji yang dipohon, salinan sijil- sijil akademik atau sijil – sijil lain yang berkaitan, sekeping gambar terkini berukuran passport serta menulis nama jawatan yang dipohon pada sampul surat selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Ogos 2010 (Jumaat) jam 5.00 petang ke:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Lantai 27,
Bangunan Ibu Pejabat TH 201 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Permohonan: 13 Ogos 2010

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing