Sunday, August 15, 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

0 comments

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Batu Pahat.

1. Arkitek Landskap Gred J41
2. Jurutera Gred Gred J41
3 Juruaudit Gred Gred W41 :
4. Pegawai Tadbir Gred N41 :
5. Pegawai Penguatkuasa Gred N41 :
6. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 :
7. Penolong Jurutera Gred J29/J36
8. Penolong Juruaudit Gred W27/W32
9. Penolong Pegawai Pertanian Gred G27/G32
10. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27/N32
11. Pembantu Juruaudit Gred W17/W22
12. Juruteknik Komputer Gred FT17/FT22
13. Juruteknik Landskap Gred J17/J22
14. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17/U22
15. Juruteknik Gred J17/N22
16. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Gred J17/J22

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00/set di Bahagian Perkhidmatan Am, Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Batu Pahat pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat
83000 Batu Pahat

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab A 1973 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;
2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
3. Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
6. Pentadbiran MPBP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan: 27 Ogos 2010


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing