Monday, August 2, 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

0 comments


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:

1. PEGAWAI PENILAIAN GRED W44

SYARAT LANTIKAN:
- Pegawai Penilaian Gred W41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W44 yang kosong apabila telah:-
a) Disahkan dalam perkhidmatan
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
c) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan
d) Diperakui oleh ketua perkhidmatan


CARA MEMOHON:
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran passport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
- Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (P.U.(A) 176/2005).
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO' DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA

CATITAN AM:
- Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.
- PIhak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
- Pemohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat diatas dan tidak menyertakan salinan dokumen yang berkaitan dengan lengkap, tidak akan dipertimbangkan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
- Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2010

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing