Tuesday, September 21, 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

0 comments

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan di
Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN Gred U29
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN Gred W27
3. PENOLONG JURUTERA Gred J29
4. PEMBANTU PENILAIAN Gred W17
5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM Gred U17

KLIK SINI UNTUK SYARAT KELAYAKAN

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006 yang boleh didapati secara PERCUMA di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia, Tingkat 2,
IbuPejabat Majlis Perbandaran Kangar, No. 192, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis.
2. Pemohon juga boleh memohon Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006 secara PERCUMA melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm X 32cm beralamat sendiri dan setem bernilai 80 sen (sila tulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat).
3. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan disertakan bersama salinan Sijil/dokumendokumen yang telah disahkan (mengikut jawatan yang dipohon) seperti berikut :
(i). Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil Berhenti Sekolah,
(iv). Sijil / Diploma / Ijazah yang berkaitan,
(v). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS
N0. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
( u.p. : Bahagian Sumber Manusia )

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2010

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing