Friday, October 8, 2010

Jawatan Kosong Syarikat Prasarana Negara Berhad

0 comments

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) merupakan sebuah syarikat yang memiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan untuk mengurus, menyelenggara dan mempercepatkan projek infrastruktur awam yang diluluskan oleh kerajaan. Kami merupakan pemilik aset kepada perkhidmatan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang iaitu Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, monorel dan bas-bas di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang serta pengendali kereta kabel di Langkawi. Dalam Misi kami untuk memperbaiki mutu pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang, kami memerlukan individu-individu profesional berkelayakan yang dinamik dan bersesuaian dengan pengalaman yang relevan di bidang-bidang berkaitan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Kumpulan Prasarana.

TEMUDUGA TERBUKA

1. PEGAWAI KESELAMATAN/POLIS BANTUAN

Tarikh : 11 & 12 oktober 2010 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Lokasi Temuduga: Ibu Pejabat, Rangkaian Pengangkutan, Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RAPIDKL), 1, Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Subang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Lokasi Temuduga: Holiday Villa Hotel & Suites Alor Setar, Lot 162 & 163, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman

SYARAT KELAYAKAN:
- Kelulusan minima SPM atau bekas anggota keselamatan yang tiada rekod jenayah
- Berumur di antara 21 hingga 45 tahun
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik
- Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
- Mempunyai tahap penglihatan yang baik, sihat tubuh badan, cergas seta mempunyai ketinggian minima 5'2"
- Sanggup bekerja syif serta mempunyai kenderaan sendiri
- Latihan Polis Bantuan akan diberikan bagi jawatan Pegawai Keselamatan

SILA BAWA DOKUMEN ASAL & SALINAN:
- Kad Pengenalan serta penyata gaji terkini
- Resume Terkini
- sijil Persekolahan dan sijil-sijil berkaitan
- 2 Keping gambar terkini berukuran pasport.

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

0 comments:

Post a Comment

Employers Listing